Setelah pulang dari trip pelantar myk 3-7JUN kawe dijemput oleh seorg rakan(ROBERT) menyertai satu trip singkat 11-12JUN di Dungun. Sebenarnya badan masih penat lagi tetapi kawan kawe menyatakan tekong ini BEST dan PAKAR IKAN XL kerana trip mrk sebulan lepas berjaya menaikkan seekor kerapu minyak 26kg!! Ikan terkecil pun beratnya 3kg!! Tanpa ecosounder dan GPS mrk masih berjaya menaikkan pelbagai spesis ikan gred A. Jadi kawe mengambil keputusan untuk turut sama mengenali tekong ini dengan lebih dekat lagi. 10JUN-Kawe bertolak dari rumah kawe di Bandar Baru Bangi bersama Frontier Hamdan jam 10mlm dan sampai di DUNGUN jam 2pagi. Kami bermalam di Hotel Sri Dungun. Kawan2 yang lain sudah sampai di Dungun seawal jam 1tgh. Mereka perlu rehat katanya. Trip disertai 7 pemancing.(ROBERT, YEOH, YONG, ISA, KAMAL, HAMDAN, ZAHARI) 11JUN- Setelah selesai sarapan pagi kami menemui tekong dan segera memunggah kelengkapan pancing ke dalam bot yang sedia menanti di jeti DUNGUN. Setelah berkenalan dengan tekong, ternyata tekong seorang mahir selok belok lubuk sekitar DUNGUN. Tekong berkata kita tidak perlu jalang jalang jauh, 1jang dari jeti sudah boleh pancing ebek. Sebenarnya pada trip ini kawe hanya mengenali Robert dan Isa shj, yg lain adalah kwn2 mrk. Pada trip ini Robert awal awal lagi menyatakan ikan adalah sendiri sendiri, mrk tidak mengamalkan ikan dikongsi sama rata. Kawe sebenarnya tak berapa suka kalau ikan tidak dikongsi sama tetapi kawe terpaksa mengikut undang undang yang telah diaturkan mereka. Walaupun apa kawe tetap akan berkongsi ikan dengan Hamdan. Memang betul bot tiada SONAR dan GPS!!! Tetapi tekong berkata dia memang sudah mengetahui lubuknya. LUBUK PERTAMA - Setelah 1jam perjalanan kami sampai di lubuk pertama. Tekong berkata ini adalah lubuk EBEK tetapi saiz ebek di lubuk ini majortinya 2-3kg sahaja. Perambut 40-50paun sudah memadai. Rekod tekong di sini adalah 39ekor ebek dalam masa 30minit!!! Mungkin betul apa yg dikata oleh tekong kerana tidak sampai 5minit joran di labuhkan oleh KAMAL sudah ditarik ikan,beliau berjaya mendaratkan EBEK 3kg. Kemudian tekong pula menaikkan ebek hampir 3kg. Beberapa ekor ikan cermin bersaiz 1kg berjaya dinaikkan oleh pemancing dan tekong. Di sini juga kawe berjaya menaikkan seekor ebek 3kg. Memang betul saiz ebek di sini nampaknya sebaya sahaja. Selang beberapa minit kawe menerima sentapan yang kuat tetapi perambut 40paun terus putus. Setelah air mula bergerak laju maka tekong memacu botnya menuju lubuk kedua yang mengambil masa 40 minit shj. LUBUK KEDUA - LUBUK didiami ikan EBEK dan JEMUDUK tetapi kata tekong EBEK di sini bersaiz besar, majoriti bersaiz 5kg ke atas. Rekod terbesar katanya EBEK seberat 15kg!!! kawe hampir terlopong samada nak percaya atau tidak!!! Perambut 80paun disarankan disini. Yeoh merupakan orang pertama menaikkan ikan di sini, seekor JEMUDUK hampir 5kg. Kawe masih lagi menggunakan perambut 40paun yg telah digunakan di lubuk pertama. Tiba tiba joran SEEKER 40-60paun dihenjut kuat, kawe yang mengunakan bangla melonggarkan sedikit drag kerana tahu mangsa yang agak besar telah mengena, nak ganas tak boleh kerana perambut halus. Pertarungan lebih 5minit juga dan akhirnya naiklah seekor EBEK, setelah ditimbang beratnya mencecah 7kg!!! Selang beberapa minit kawe menerima satu lagi sentapan tetapi perambut 40paun kawe tidak berdaya lagi menewskan mangsa. Mangsa berjaya memutuskan perambut. Itulah aku suruh guna perambut 80paun kata tekong. Sebelum berpindah seorang rakan (lupa siapa) berjaya menaikkan seekor mayong lebih 10kg. Beberapa ekor cermin berjaya dinaikkan tekong di sini. LUBUK KETIGA-Kemudian tekong berpindah ke sebuah kapal karam, katanya kapal membawa kain telah karam setelah terlanggar pulau batu yang besar dan dinamakan TUKUN TIMUR. Di kapal karam ini adalah tempat persembunyian ikan sisik XL seperti MERAH, JENAHAK,KAKAP MERAH DLL. Kami tiba di kapal karam jam 5ptg tetapi tiada sebarang getuan di terima kecuali KAMAL berjaya menewaskan seekor mayong 11kg. Semuanya nampak boring tetapi tekong berkata biasanya ikan di sini aktif meragut umpan selepas maghrib dan menyuruh kami bersabar. Kata kata tekong nampaknya tepat, sebaik matahari terbenam joran ISA ditarik mangsa yang besar, pelbagai skil digunakan tetapi mangsa terus kuat melawan, kawe mengarau pancing untuk memberi laluan kepadanya bertarung tetapi nampaknya rakan di belakang tidak sporting dan akhirnya tali ISA terputus apabila bersangkut dengan pemancing lain. Apa lagi frust menonggeng lah kawan kita nih. Arus semakin laju, memang laju woo!!! kawe mengambil keputusan menukar rod 40-60ib kpd rod 40-100ib, ini untuk menampung LADUNG SAIZ 16 sbyk 3 BIJIK!! Maklumlah port kawe di depan berhampiran sauh. Nasib baik guna bangla.. KAMAL orang pertama berjaya menaikkan seekor JENAHAK hampir 6kg tepat jam 8mlm. Kawe yakin masih banyak lagi JENAHAK di bawah sana, memang betul pun.. tidak sampai 10minit kawe berjaya menaikkan seekor JENAHAK 3KG dan selang 10minit lagi seekor 7KG!! Kawan2 lain mula gelisah, duduk salah, bangun pun salah. Lebih kurang jam 9mlm kawe menerima satu tarikan yang kuat dan memaksa bangla dimanualkan. Lama juga kawe bertarung hinggalah cincin rod(roller AFTCO) kawe patah tetapi mangsa belum menunjukkan tanda tanda mengalah(patah mungkin tarik ladung kot). Kawe meminta bantuan tekong untuk menarik mainline dengan tangan hikmahnya dan akhirnya tewaslah seekor JENAHAK seekor JENAHAK 8.2KG!!!! Tekong kata yang lagi XL ada cikgu, beliau pernah menaikkan MERAH 15KG dan JENAHAK 13KG di kapal karam ini!!! Kawe tidak tidur sampai pagi dan hasilnya kawe mendapat bonus kerana berjaya menaikkan 2 ekor KAKAP MERAH jam 3pagi dan 3.05pagi, mungkin sepasang kot. Saiznya hampir 3kg. tepat jam 4.30pg seekor CUPAK 2.6kg berjaya kawe tewaskan. Setelah bangkit tidur jam 7pg ISA mengarau pancingnya kerana tekong mahu pindah dan didapati seekor KAKAP MERAH hampir 3kg tersangkut dimata kailnya. Kelihatan ikan sudah pucat dan mungkin ikan ini terkena jam 3pg lagi!!! Diringkaskan cerita dikapal karam juga ROBERT berjaya menaikkan seekor MAYONG 13.7kg dan seekor YU KEMEJAN 28.3kg. 12JUN- Kami singgah dibeberapa lubuk tetapi hasil kurang kerana arus terlalu laju, hanya KAMAL berjaya menewaskan seekor KETARAP 4kg dan beberapa kerapu dan langit merah bawah 1kg berjaya dipancing. Sebelum pulang kami singgah di PULAU TENGGOL untuk mandi, TETAPI bot tidak dibenarkan melabuhkan SAUHNYA kerana boleh merosakkan batu karang yang sungguh cantik. Bot hanya perlu DIIKAT pada pelampung yg telah disediakan. Airnya yang jernih menampakkan batu karang dengan jelas dan ikan karang kelihatan bebas berenang. Apabila kami melemparkan roti, ikan karang berebut rebut timbul dipermukaan, pelbagai jenis, pelbagai warna, sungguh indah, sungguh cantik memang patutlah PULAU TENGGOL mampu menarik kaki scuba dari seluruh dunia Sememangnya kita patut memelihara keindahannya supaya mampu dinikmati generasi akan datang. Kawe percaya sekiranya arus tidak laju lebih banyak ikan yang berjaya didaratkan. Setelah sampai di BB Bangi saya membahagikan ikan dengan HAMDAN, HAMDAM hanya berjaya menaikkan seekor TODAK.

TRIP DUNGUN 2 COMING SOON!!!

HASIL TANGKAPAN INDIVIDU: (1) 3 JENANAK - 3, 7 dan 8kg. (2) 2 EBEK - 3 dan 7kg. (3) 2 KAKAP MERAH - 2.7 dan 2.9 kg. (4) 1 MAYONG - 1O.4kg (5) 1 CUPAK - 2.6kg

TANGKAPAN KESELURUHAN: (1) 4 JENAHAK (2) 4 MAYONG (10-13.7kg) (3) 5 EBEK (4) 3 KAKAP MERAH (5) 2 TODAK (6) 6 CERMIN(sekitar 1kg) (7) 8 KERAPU (sekitar 1kg) (8) 7 LANGIT MERAH (sekitar 5-700g) (9) 1 ARUAN TASIK (10) 1 KETARAP (11) 1 JEMUDUK (12) 1 YU KEMEJAN (28.3 kg) (13) 1 TELINGA GAJAH (14) 2 CUPAK